Monday, 2 November 2015

Hakim

ada 3 golongan hakim.. 2 neraka, 1 syurga..

1) mengetahui apa yang benar dan memberi keputusan mengikut kebenaran itu
2) mengeluarkan hukum berdasarkan kebodohan
3) tahu kebenaran, dan lakukan kezaliman,,

Suka jugak tgok crita undang2 ni.. Lawyer bagi hujah, hakim dengar.. Saksi jwb je la ya ke tidak.. xtau la kisah benar ke dalam tv je mcm tu... Semua menda dalam hidup, x kire la serius ke gurau, semua boleh jadi hujah si peguam...

Ya, hakim duduk dan dengar segala ape hujah yang dikeluarkan.. Syukur andai keputusan itu adil.. Malang andai keputusan itu menzalimi..

Hakim pun manusia, mesti ade salah mane2 tempat, Bile nak bagi jawapan, mesti ade masa betul ade mase salah..

Pastinya hujah yang baik akan menang, yang buruk sebaliknya,, Namun, Kadang2 x smua hujah itu membuktikan, Boleh jadi ia hanya suatu kekusutan kehidupan..

Buat rakan2 dalam bidang guaman, kehakiman... yang mempunyai kuasa menghukum, jgan alpa dengan kehidupan.. sentiasa dekatkan diri dengan tuhan. yakin dan percaya bahawa, tiada yang lebih mengetahui selain dia. Hanya dia..

Ade Ustaz pernah ajar, minta kepada tuhan, "jgan sesekali kau serahkan diri ini kepada aku, walaupun sesaat. Kau atur lah hidup aku, berikan yang terbaik kepada aku.. sesungguhnya, engkaulah yang maha bijaksana".

Biarlah ape yang kita putuskan dalam kehidupan ini adalah dari bimbingan tuhan.. Bukan sekadar jawapan teka teki kepada diri.. Selamat beramal..

"inginku melihat islam dijulang kembali"

rujukan: fiqh aulawiyat (Dr Yusuf al- Qaradhawi


No comments:

Post a Comment