Pernah rasa pengalaman menjadi ketua di sekolah dan universiti.. Nak x nak, setiap kali bersedia nak beri arahan dan sbgainya, mesti soal pada diri.. Adakah arahan ini akan mendidik mereka atau sekadar memenjarakan ahli sendiri??..
Ketika mana Islam turun membawa khabar berita kepada umat, dengan peringkat permulaan secara tersembunyi, seterusnya secara terang terangan, tiada seketika pun ia membawa mesej paksaan kepada manusia.. Islam sentiasa memimpin manusia, tidak mengongkong dan menghalang semata mata..
Yang halal itu lebih banyak dari haram... itulah sifat agama.. menghalalkan seluas luasnya kepada manusia..
Maka, bila difikir fikir akan apa yang dibawa oleh agama yang dianuti ini, layakkah aku yang masih mentah ini sekadar mengikat kaki2 mereka semasa berkhidmat.
Duhai pemimpin, laksanakan amanah kamu dengan seni yg diajar tuhan... Bawalah ahli kamu bersama mencari kebenaran.. Bukan sekadar kurung jasad dan pemikiran mereka, dengan harapan mereka sentiasa baik..
"inginku melihat Islam dijulang kembali"