Thursday 23 February 2017

Kejayaan bermula dengan LANGKAH PERTAMA

Jangan kedekut laburkan diri ke dalam cabaran. Namun, jangan terjun ke dalam cabaran membabi buta.

Masalah ramai yang tidak berjaya adalah kerana "rasa tidak mampu berjaya"

Minda, jiwa dan akal tidak selari.

Saya terkesan dengan satu ayat, "Allah bersama dengan sangkaan hambanya".

Bila kita sangka bahawa kita tidak mampu, itu adalah kerana kita lupa siapa yang memberi keputusan.

Kita hanya insan yang berusaha dan hasilnya datang dari tuhan pencipta alam. 

Kotak kata

Tuesday 3 November 2015

Pimpin tangan atau Ikat kaki??

Bila ditakdirkan kita menjadi ketua.. ayah kepada anak2.. Suami kepada isteri.. Presiden kesatuan, ketua turus angkatan perang, ketua menteri,. isteri menteri. #eh. haha, apakah kita akan pimpin atau ikat anak2 buah kita, supaya berada di landasan yang benar??..

Pernah rasa pengalaman menjadi ketua di sekolah dan universiti.. Nak x nak, setiap kali bersedia nak beri arahan dan sbgainya, mesti soal pada diri.. Adakah arahan ini akan mendidik mereka atau sekadar memenjarakan ahli sendiri??.. 

Ketika mana Islam turun membawa khabar berita kepada umat, dengan peringkat permulaan secara tersembunyi, seterusnya secara terang terangan, tiada seketika pun ia membawa mesej paksaan kepada manusia.. Islam sentiasa memimpin manusia, tidak mengongkong dan menghalang semata mata..

Yang halal itu lebih banyak dari haram... itulah sifat agama.. menghalalkan seluas luasnya kepada manusia.. 

Maka, bila difikir fikir  akan apa yang dibawa oleh agama yang dianuti ini, layakkah aku yang masih mentah ini sekadar mengikat kaki2 mereka semasa berkhidmat.

Duhai pemimpin, laksanakan amanah kamu dengan seni yg diajar tuhan... Bawalah ahli kamu bersama mencari kebenaran.. Bukan sekadar kurung jasad dan pemikiran mereka, dengan harapan mereka sentiasa baik.. 

"inginku melihat Islam dijulang kembali"

Monday 2 November 2015

Hakim

ada 3 golongan hakim.. 2 neraka, 1 syurga..

1) mengetahui apa yang benar dan memberi keputusan mengikut kebenaran itu
2) mengeluarkan hukum berdasarkan kebodohan
3) tahu kebenaran, dan lakukan kezaliman,,

Suka jugak tgok crita undang2 ni.. Lawyer bagi hujah, hakim dengar.. Saksi jwb je la ya ke tidak.. xtau la kisah benar ke dalam tv je mcm tu... Semua menda dalam hidup, x kire la serius ke gurau, semua boleh jadi hujah si peguam...

Ya, hakim duduk dan dengar segala ape hujah yang dikeluarkan.. Syukur andai keputusan itu adil.. Malang andai keputusan itu menzalimi..

Hakim pun manusia, mesti ade salah mane2 tempat, Bile nak bagi jawapan, mesti ade masa betul ade mase salah..

Pastinya hujah yang baik akan menang, yang buruk sebaliknya,, Namun, Kadang2 x smua hujah itu membuktikan, Boleh jadi ia hanya suatu kekusutan kehidupan..

Buat rakan2 dalam bidang guaman, kehakiman... yang mempunyai kuasa menghukum, jgan alpa dengan kehidupan.. sentiasa dekatkan diri dengan tuhan. yakin dan percaya bahawa, tiada yang lebih mengetahui selain dia. Hanya dia..

Ade Ustaz pernah ajar, minta kepada tuhan, "jgan sesekali kau serahkan diri ini kepada aku, walaupun sesaat. Kau atur lah hidup aku, berikan yang terbaik kepada aku.. sesungguhnya, engkaulah yang maha bijaksana".

Biarlah ape yang kita putuskan dalam kehidupan ini adalah dari bimbingan tuhan.. Bukan sekadar jawapan teka teki kepada diri.. Selamat beramal..

"inginku melihat islam dijulang kembali"

rujukan: fiqh aulawiyat (Dr Yusuf al- Qaradhawi


Jangan Paksa Aku..

dan apabila manusia merasakan bahawa nasihat itu "paksa".. idea itu "kongkong".... tunggulah sehingga hari penyesalan tiba...

ini merupakan suatu wabak, dimana penasihat dianggap orang yang jahat, dan aku shj yg betul.. usah diganngu hidup ini..

dalam dunia ni, bnyak perkara kite x smpat nak ambil tahu.. senang cakap, bnyak yang kita x tahu.. dijadikan orang lain mendampingi hidup kita, bukan sebagai boneka.. duduk dan pandang mcm patung. tapi tugas mereka untuk bantu kite bina kehidupan yang lebih baik di masa depan..

posting pendek ni cuma nak bgtahu... tundukkan ego dan terima hakikat.. aku perlukan orang lain.. penting sekali.. aku perlukan tuhan.. maka, dengarlah kata2 tuhan dan pesanan orang berilmu di seliling kamu.. semoga sentiasa dirahmati..

"inginku melihat islam dijulang kembali"

selamat datang ke kotak kata..